Searching...
Saturday 28 April 2012
17:24 0

Gaduh Di KFC, Mamat Ni Ke Bersorak Gembira?


KUALA LUMPUR – Mungkin sebelum ini kita dihidangkan dengan beberapa siri rakaman klip di Youtube mengenai insiden pergaduhan antara seorang pelanggan yang dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) di I-City, Shah Alam, baru-baru ini.

Mungkin teruja dengan insiden panas itu, seorang individu telah melukis kartun mengenai insiden di KFC itu dan mengaitkan sebuah lagi restoran manakan segera, McDonalds, yang disifatkan akan mendapat keuntungan besar dari pergaduhan tersebut.

Kartun ringkas itu memaparkan seorang pelanggan yang kurang sabar dengan perkhidmatan yang disediakan pekerja KFC dan bertindak memaki hamun mereka dengan kata-kata kesat seperti ‘monyet’ dan sebagainya.

Seterusnya, mungkin kerana hilang sabar dengan caci maki yang diterima, pekerja KFC itu telah menumbuk tepat ke muka pelanggan tersebut sehingga menyebabkannya meraung menangis menyatakan dia dibuli oleh pekerja restoran itu.

Kemudian, rakan pelanggan yang ditumbuk itu mengajak semua rakyat untuk menyalahkan KFC atas kejadian itu dan bertindak memboikot restoran makanan segera tersebut.

Tiba-tiba saja muncul maskot McDonalds iaitu Ronald McDonalds yang begitu gembira dengan cadangan untuk memboikot KFC, seolah-olah dialah yang menjadi dalang sebenar di sebalik kekecohan yang terjadi di restoran pesaingnya.

Ada juga yang fikir macam tu?

Pada penulis, tak perlu melibatkan pihak yang tiada kena mengena pun dalam cerita tersebut.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...