Searching...
Tuesday 17 April 2012
13:44 0

Ferguson pertahan lagak Young




INSIDEN yang menyaksikan Young terjatuh di kawasan kotak penalti Villa selepas berlanggar dengan Clark (kanan) di Old Trafford kelmarin.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mempertahankan pemain sayapnya, Ashley Young yang didakwa menipu ketika The Red Devils melakar kemenangan 4-0 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin.
Young dikatakan sengaja 'berlakon' dengan menjatuhkan badan bagi meraih simpati pengadil perlawanan, Mark Halsey untuk mendapatkan sepakan penalti.
Halsey tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada United yang disempurnakan oleh Wayne Rooney seawal minit keenam.
Sebelum itu, ulang tayang televisyen menunjukkan ada sentuhan berlaku dan beberapa penganalisis bola sepak menyatakan Young seolah-olah sengaja melanggar pemain pertahanan Villa, Ciaran Clark sebelum terjatuh.
Keputusan yang berpihak kepada Young itu sama seperti apa yang berlaku sebelum ini ketika United menentang Queens Park Rangers (QPR).
Ferguson mengakui Young sengaja mencari sepakan penalti tetapi beliau tetap menegaskan bahawa penalti yang diberikan itu tetap sah.
"Saya rasa dia (Young) jatuh dengan tidak sengaja tetapi ia tetap penalti, kita tidak boleh menafikannya.
"Mereka (pemain pertahanan Villa) tahu Young beraksi dengan pantas dan akan masuk ke kawasan petak penalti. Young jatuh dengan sangat mudah tetapi ia tetap penalti kerana dia dijatuhkan," jelas Ferguson.
Memandangkan tindakan Young mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, Ferguson percaya pemain berusia 26 tahun itu akan dikenali sebagai pemain yang gemar 'berlakon'.
"Ya, saya fikir dalam situasi ini dan pada minggu-minggu sebelum ini mungkin dia (Young) akan mendapat gelaran tersebut.
"Saya tidak pernah saksikan dia beraksi sedemikian, ia bukannya satu kelaziman untuknya (sengaja menjatuhkan diri)," jelas Ferguson. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...