Searching...
Monday 30 April 2012
01:51 0

City akan menang



MANCHESTER, England - Roberto Mancini yakin Manchester City mampu memenangi pertemuan derby dengan Manchester United pada awal pagi Selasa ini.
Begitupun, pengurus City itu menambah bahawa pasukannya juga masih berdepan kemungkinan terlepas gelaran Liga Perdana England itu kepada United.
City akan merampas takhta liga menerusi kelebihan perbezaan jaringan dengan baki dua lagi perlawanan seandainya menang di Stadium Etihad, Selasa nanti.
Namun, Mancini berkata City masih lagi berdepan laluan sukar selepas itu dan United akan terus menjadi pilihan untuk menjuarai liga tidak kira apa jua keputusan pada pertemuan Selasa ini.
“Mereka ada peluang lebih cerah berbanding kami kerana selepas aksi menentang United minggu ini, kami akan berhadapan Newcastle pula. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar sebelum menutup tirai menentang QPR,”
kata Mancini.
“United pula akan menentang Swansea dan Sunderland. Saya fikir ia dua perlawanan mudah bagi mereka.
“Malah, kalau kami menang perlawanan (derby), mereka masih lagi menjadi pasukan pilihan,” katanya.
Mancini tidak berdepan krisis kecederaan pemainnya dan mungkin akan menurunkan penyerang bermasalahnya, Mario Balotelli yang baru selesai daripada menjalani penggantungan tiga perlawanan.
“Semua pemain boleh beraksi,” katanya.
“Saya ada dua hari untuk memutuskan siapa yang akan beraksi. Saya akan fikirkan sama ada untuk menurunkan Balotelli atau tidak.”
Pada aksi di Old Trafford sebelum ini, City telah membelasah United 6-1 dan Mancini yakin kemenangan besar itu akan berulang minggu ini. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...