Searching...
Thursday 26 April 2012
14:37 0

Budak 3 Tahun Bawa Kanabis Ke Tadika


Manchester – Guru-guru di sebuah tadika terkejut selepas menemui beberapa keping beg plastik mengandungi kanabis di dalam poket seorang budak berusia tiga tahun.

Beg berkenaan terjatuh ketika budak tersebut sedang bermain dengan mainan di tadika tersebut.

Budak tersebut, yang tidak dinamakan atas sebab-sebab perundangan, dengan bangganya menunjukkan tiga beg plastik tersebut kepada gurunya.

“Ia milik bapa saya untuk merokok,’’ kata budak berkenaan.

Terkejut dengan keadaan itu, guru kelasnya kemudian melaporkan kepada polis sebelum pihak berkuasa kemudiannya menahan bapa tiri budak tersebut.

Lelaki itu memaklumkan bahawa budak itu dan ibunya telah bermalam di rumahnya.

Dia mengaku menghisap dadah pada malam itu, namun keesokkannya, kerana terlambat ke tempat kerja, dia telah meninggalkan beg itu di tepi katil.

Namun bapa tirinya kemudian menukar cerita dengan memaklumkan telah menyembunyikan kanabis itu di dalam kotak sebelum ditemui oleh budak berkenaan.

Lelaki itu bagaimanapun telah dihadapkan ke mahkamah dan hukuman ke atasnya akan diputuskan pada 21 Mei ini selepas dia mengaku salah menghisap dadah

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...