Searching...
Wednesday, 25 April 2012
12:41 0

Bola Hanyut Dari Jepun ke Alaska



Seorang pelajar sekolah di sini, Misaki Murakami akan mendapat kembali sebiji bolanya yang dihanyutkan ke Alaska selepas bencana tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.

Murakami, 16, kehilangan rumah dan semua barangan di dalam kediamannya semasa ombak besar menghancurkan kampung Rikuzentakata di timur laut Jepun.

Pemilik bola itu diketahui kerana terdapat contengan mesej 'semoga berjaya' oleh bekas rakan sekolahnya.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat menyatakan seorang lelaki, David Baxter, 51, menemui bola itu.

Ia ditemui di sebuah pantai di Pulau Middleton pada Mac tahun lalu.

"Nama sebuah sekolah tertera pada bola itu dan isteri lelaki itu mampu menterjemah tulisan tersebut bagi mengesan sekolah berkenaan," kata NOAA.

Isteri Baxter ialah wanita berketurunan Jepun.

Perjalanan bola itu mendapat liputan meluas di Jepun.

"Saya bersyukur kerana ketika ini saya tidak menemui sebarang barang yang pernah menjadi milik saya," katanya kepada stesen penyiaran TBS kelmarin.

Baxter turut menemui sebiji bola tampar dengan tulisan Jepun menyebabkan media Jepun berusaha untuk mencari pemiliknya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...