Searching...
Thursday 26 April 2012
00:42 1

Berkongsi Rangkaian Internet Melalui WiFi Menggunakan MyPublicWiFi



Pengguna Windows? Ingin berkongsi rangkaian internet anda bersama yang lain dengan mudah? Maka, mungkin anda boleh gunakan aplikasi yang dinamakanMyPublicWiFi, dimana melaluinya ia membolehkan anda mengubah komputer atau komputer riba anda diubah menjadi pusat akses WiFi dengan mudah dan pantas.
Kadang-kala, dikawasan yang mempunyai sokongan kabel LAN yang terhad, mungkin anda perlu berkongsi rangkaian bersama peranti lain, seperti telefon pintar, tablet, atau komputer riba yang lain. Maka, untuk mengatasinya, anda hanya perlu menghubungkan salah satu kabel LAN pada satu komputer atau komputer riba, dan menggunakan MyPublicWiFi, anda boleh menetapkan sebuah pusat akses WiFi dengan pantas, tanpa perlu melalui pelbagai tetapan yang sukar.
Pada masa yang sama, anda turut boleh mengawal beberapa laman melaluinya, sekaligus mengawal sepenuhnya laman dan perkhidmatan yang boleh digunakan melaluinya.
Bagi mereka yang menggunakan Windows 7 atau sebelumnya, mungkin anda bolehmemuat-turun aplikasi percuma ini, dan mengujinya sendiri hari ini.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...