Searching...
Tuesday 17 April 2012
14:38 0

Belasah Penyanyi Hip Hop Kaitkan Kerabat Johor


HEBOH juga sekarang ini laman laman politik bebas seluruh Malaysia akan identiti sebenar mereka yang terlibat dengan insiden di Lot 10 baru baru ini.

Dalam kejadian 14 April lalu, Mikael Adam (atau SonaOne) mendakwa yang beliau telah ditarik keluar dari kereta dan terus dibelasah oleh seorang anak kenamaan di hadapan pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur.

Insiden yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu menyebabkan tulang pipi Mikael Adam patah & terpaksa menerima rawatan di hospital. Dan, Malaysia Today ada melaporkan kerabat Johor terlibat dalam insiden ini.

Menurut laporan itu, penyampai radio Fly FM Hani Farhana Hatim atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu telah memberikan kenyataan melalui Twitter mengaitkan Tengku Mishal Ibrahim dengan insiden ini.

Dan, berdasarkan kenyataan Hunny Madu, ini bukan kali pertama Tengku Mishal Ibrahim terlibat dengan pergaduhan kerana sekitar tahun lalu, abang beliau turut menjadi mangsa. 

Hafiz Hatim (abang Hunny Madu) turut memberikan kenyataan dan menarik perhatian Tengku Mahkota Johor yang kemudian membalas menyatakan Tengku Mishal Ibrahim sudah pun dibuang negeri.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...