Searching...
Tuesday 17 April 2012
13:36 0

Bayern pasang strategi jerat Real

RIBERY dijangka kembali berada dalam kesebelasan 
utama Bayern awal pagi esok.


MUNICH - Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich akan menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk menjerat Real Madrid pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.
Bintang Jerman, Bastian Schweinsteiger berkata, dia yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukannya untuk menewaskan Real di Stadium Allianz Arena.
Keyakinan Schweinsteiger semakin melonjak kerana aksi final Liga Juara-Juara akan berlangsung di gelanggang keramat itu pada 19 Mei depan.
"Segala-galanya bergantung di Stadium Allianz Arena (awal pagi esok). Saya yakin Bayern mampu melakukannya kerana kami akan mendapat sokongan yang padu daripada para penyokong sendiri.
"Ia tidak akan menjadi mudah dan kekuatan mental memainkan peranan yang penting. Saya berharap kami dapat bermain dengan tenang seperti mana aksi kami sebelum ini," kata Schweinsteiger.
Sabtu lalu, Real tampil cemerlang apabila menundukkan Sporting Gijon 3-1 untuk mengukuhkan kedudukan di persada Liga Sepanyol, sekali gus aksi itu dianggap sebagai sesi pemanas badan sebelum bertemu Bayern.
Bintang sensasi Real, Cristiano Ronaldo meledak gol ke-41 pada perlawanan itu untuk menyamai rekod yang dilakukan penyerang Barcelona, Lionel Messi.
Namun, nasib berbeza menimpa Bayern yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Mainz pada aksi Liga Jerman di Munich.
Keputusan itu turut menyaksikan Bayern ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Borussia Dortmund ketika saingan berbaki tiga perlawanan.
Bagaimanapun jurulatih Bayern, Jupp Heynckes yang pernah mengemudi Real untuk memenangi gelaran juara Eropah pada tahun 1998 tetap berpuas hati dengan keputusan itu.
Pada aksi tersebut, Heynckes merehatkan beberapa pemain utamanya termasuk kapten, Philipp Lahm, Thomas Mueller (pemain tengah), Franck Ribery (pemain sayap) dan Mario Gomez (penyerang) sebagai persiapan menghadapi Real. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...