Searching...
Tuesday 10 April 2012
18:42 0

Bangun Tidur - 24jam Bersama Rasulullah SAW

BANGUN TIDUR

1. MENYAPU KESAN TIDUR DARI WAJAH DGN TANGAN
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar menyatakan perlakuan ini digalakkan berdasarkan :

Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur, dia akan bangun dan menyapu kesan tidur dari mukanya dgn tangannya. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 183.


2. MEMBACA DOA BANGUN TIDUR
Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kita selepas mati(tidur) dan kepadaNya dihidupkan semula. Al-Bukhari, Kitab Doa, Hadis 6312.

Doa Bangun Tidur

3. MENGGUNAKAN SIWAK
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur daripada malam(tidur), baginda akan memebersihkan mulutnya dgn siwak. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 245. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 255.


4. MENYEDUT AIR MASUK KE DALAM HIDUNG
Apabila seseorang dikalangan kamu bangun dari tidur, kemudian hendaklah menyedut air kedalam hidung sebanyak 3 kali. Sesungguhnya syaitan bermalam dalam bahagian dalam hidungnya. Al-Bukhari, Kitab Permulaan Ciptaan, Hadis 3295. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 245.


5. BASUH KEDUA-DUA TANGAN SEBANYAK 3 KALI
Apabila seseorang bangunkan kamu dari tidur, jgnlah masukkan tangan kedalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 278.


Walahualam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...