Searching...
Saturday 21 April 2012
08:14 0

Aplikasi 500px Untuk iPad Kini Menyokong Paparan Retina


Hari ini, bukan sahaja 500px memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna Android, tetapi turut sama mengemaskini aplikasi iPad untuk 500px yang mana kini didatangkan bersama-sama sokongan untuk paparan Retina yang terdapat pada iPad baru.
Bagi mereka yang tidak mengetahui atau mengenali perkhidmatan 500px, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada jurugambar dan juga pencinta gambar, dalam berkongsi pelbagai rakaman menarik dan berinspirasi, bukan sahaja daripada rakaman landskap, alam semula-jadi dan sebagainya, tetapi turut menyertakan rakaman potrait menarik dan juga detik-detik menarik dari seluruh dunia.
Jadi, bagi pengguna iPad, anda mungkin boleh memuat-turun, dan mendapatkan lebih inspirasi dalam merakamkan gambar anda yang seterusnya, disamping berkongsi rakaman anda bersama-sama dengan yang lain.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...