Searching...
Tuesday 17 April 2012
14:08 0

Anugerah Sukan Negara: Chong Wei, Nicol tak dicabar?



KUALA LUMPUR - Walaupun enam atlet disenarai akhir untuk calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 yang akan diumumkan malam ini, namun persaingan merebut anugerah berprestij itu dilihat hanya melibatkan dua penjuru bagi kedua-dua kategori kerana prestasi yang dilakar empat atlet ini lebih menonjol dibandingkan calon lain.
Bagi anugerah Olahragawan, jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi calon utama untuk membawa pulang gelaran. Namun dia akan disaingi oleh bintang terjun, Bryan Nickson Lomas. Empat atlet yang turut berada dalam pencalonan akhir adalah Adrian Ang (boling), Cheng Chu Sian (memanah), Sazali Abdul Samad (bina badan) dan Leong Tze Wai (karate).
Untuk Olahragawati, jaguh skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David bakal bersaing sengit dengan penerjun yang menjadi harapan pingat Malaysia di Sukan Olimpik, Pandelela Rinong. Salah seorang daripada mereka menjadi pilihan untuk mengetepikan empat calon akhir lain, Nur Suryani Muhamed Taibi (menembak), Fatehah Mustapa (berbasikal), Chai Fong Ying (wusyu) dan Jacqueline Jenelee Sijore dari sukan boling.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...