Searching...
Wednesday 18 April 2012
23:36 0

Anggota Tentera Kena Dera Dapat Pampasan



ALOR SETAR – Seorang anggota tentera yang mendakwa didera dengan dipukul dan ditoreh di bahagian lengan kanannya bagi membuang tatu sewaktu bertugas lima tahun lalu bakal memperoleh pampasan dari kerajaan.

Ia apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan kerajaan membayar pampasan RM140,000 kepada anggota berusia 24 tahun tersebut.

Kejadian tersebut didakwa berlaku semasa anggota tersebut bertugas di Rejimen Ke-13 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak.

Hakim yang meneliti dan berpuas hati dengan penghujahan pihak plaintif dan defendan memutuskan supaya anggota tentera berkenaan dibayar ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas RM30,000 serta ganti rugi teruk, punitif dan teladan sebanyak RM10,000.

Hakim juga memutuskan bahawa plaintif yang mendakwa didera ketika bertugas di kem berkenaan dan membuat laporan di balai polis Sri Aman pada 27 Oktober 2007 masih kekal dalam jawatan tentera.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...